Wednesday 7 September 2011

Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah! Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Keadilan! Murid : UMNO! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bukan ! Murid : Ya Cikgu : Bukan lah Murid : Ya lah Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Taknak dengar! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Saya kata UMNO salah! Murid : Kami dengar KeADILan betul! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

No comments:

Post a Comment